Isnin, Oktober 19, 2015

Populariti Hafiz Suip Semakin Merudum


Sejak akhir-akhir ini populariti pemilik nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih terkenal dengan Hafiz Suip seakan merudum. Mengakui situasi yang berlaku itu, Hafiz memiliki alasannya yang tersendiri selain melihat perkara itu dari sudut yang positif. “Memang tahun ini karier saya kurang menyerlah dan sebagai seorang anak seni, saya menerimanya sebagai pasang surut kerjaya.


“Sebenarnya pada masa yang sama, saya terpaksa mengurangkan sedikit aktiviti seni memandangkan saya perlu menjalani sesi rawatan terhadap kecederaan tulang belakang saya yang masih berbaki lebih kurang tiga bulan lagi. “Kalau diikutkan memang saya agak jauh ketinggalan tapi tidak ada apa yang boleh saya lakukan kerana kesihatan lebih penting,” jelasnya ketika ditemui pada sesi rakaman Gig Meletop Duo Bersama Hafiz Suip dan Uriah See, baru-baru ini.