Sabtu, Oktober 31, 2015

Pesawat A321 Milik Rusia Terhempas Di Sinai; Mayat Bergelimpangan!


Sebuah pesawat Rusia yang membawa 224 penumpang dan anak kapal terhempas di semenanjung Sinai, Mesir pada Jumaat, jelas  pejabat Kementerian Perdana Menteri Mesir.Airbus A- 321, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia Kogalymavia dengan nombor pendaftaran KGL- 9268 , dilaporkan berlepas dari lokasi peranginan di  Sharm el -Sheikh ke St Petersburg sebelum terhempas di kawasan pergunungan terpencil di tengah Sinai.


Sumber keselamatan Mesir berkata tidak ada petunjuk bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh kumpulan militan di Sinai. Jurucakap pihak berkuasa penerbangan Rusian Rosaviatia, Sergei Isvolsky berkata, pesawat itu berlepas dari Sharm el -Sheikh pada 06:51 (0351 GMT) dan hilang perhubungan kira-kiri 25 minit kemudian. 



Kebanyakan penumpang pesawat Rusia yang terhempas di semenanjung Sinai, Mesir pada Jumaat dilaporkan telah meninggal dunia sebaik sahaja pihak berkuasa penerbangan awam Mesir dan pegawai keselamatan tiba di tempat kejadian pada Sabtu.


"Saya melihat adegan tragis. Mayat-mayat bergelimpangan di tanah dan ada sebahagiannya  meninggal dunia di tempat duduk sendiri di dalam pesawat," jelas salah seorang pegawai yang berada di tempat kejadian.

"Pesawat itu terbelah dua, sebahagian kecil di hujung ekor yang dibakar dan bahagian besar terhempas ke batu. Kami telah mengeluarkan lebih kurang 100  mayat dan selebihnya masih berada di dalam badan pesawat."


Pesawat A321 yang  mempunyai 185 tempat duduk merupakan jet jarak sederhana telah digunakan dalam 1,100 operasi di seluruh dunia sejak tahun 1994. Ia merupakan sebuah pesawat  automatik bergantung kepada komputer untuk membantu juruterbang kekal dalam had yang selamat ketika terbang. Menurut data daripada Yayasan Keselamatan Penerbangan insiden tersebut merupakan kemalangan maut kedua melibatkan pesawat dari keluarga A320 ini.