Sabtu, Oktober 31, 2015

Norman Hakim Terkejut Anak Mahu Ajar Hafaz Al-Quran



Aktor Norman Hakim akui terkejut apabila Mohd Danish Hakim,12, membuat perjanjian untuk mengajarnya menghafaz Al-Quran sekiranya dia dapat melatih anak sulungnya itu untuk memiliki serta membina badan yang berotot atau sado seperti mana dirinya. 


Pada waktu yang sama, Norman Hakim juga turut teruja dengan perjanjian tersebut, malah bersikap terbuka serta sudah bersedia untuk diajar anaknya sendiri tentang hafazan Al-Quran.


“Danish ada beritahu saya yang dia mahu jadi fit macam saya dan bercita-cita nak bina badannya dengan mendapat guideline serta tunjuk ajar daripada saya. Saya gembiralah kerana sebelum ini badannnya agak berisi dan saya ada suruh dia kuruskan sedikit badannya.



“Tapi katanya ada syarat. Jika dia sudah jadi sado, dia mahu saya pula hafaz Al-Quran seperti dia yang kini sedang dilatih menjadi Hafiz di sebuah sekolah agama di Bangi.

“Saya terkejut juga bila dia buat perjanjian seperti itu. Tapi dalam masa yang sama saya bangga punya anak macam dia. Bersyukur sangat diberi peluang untuk belajar Al-Quran dengan anak yang juga darah daging saya sendiri,” katanya ketika dihubungi portal Murai.