Khamis, Oktober 22, 2015

Nasi 7 Benua; Inspirasi Tujuh Jenis Nasi Dalam Satu Pinggan!


Menarik! Dapat rasa tujuh jenis nasi sekali gus hanya dalam satu hidangan sahaja. Susun atur pun comel saja bentuknya. Nasi Tujuh Benua, itulah tagline pengusahanya. Terletak di Taman Tunas Muda, Bayan Lepas, Pulau Pinang, kedai makan ini pernah juga masuk dalam rancangan TV makanan Ho Chak Show. Nasi Tujuh Benua Koo Boo, memang mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat, boleh dilihat barisan panjang menerusi gambar-gambar yang dimuat naik dalam laman rasmi akaun Facebook mereka.


Mereka yang gemar mencuba makanan, jangan lupa singgah ke Nasi Tujuh Benua Koo Boo ini dan nikmati tujuh jenis nasi (Putih, Hujan Panas, Kacang, Lemuni, Minyak, Lemak dan Tomato) dalam satu pinggan! Dengan nama yang unik, Nasi Tujuh Benua Koo Boo pastinya merupakan suatu idea yang unik yang boleh menjadi satu lagi keistimewaan Pulau Pinang sebagai sebuah lokasi yang terkenal dengan gelaran syurga makanan!


5 Komentar

Write Komentar
Amir Khalis
AUTHOR
23/10/15 5:17 PG delete

macam bebola nasi sushi pula

Reply
avatar
J Komeng
AUTHOR
19/11/15 1:17 PG delete

puchong pn da der yer..org kl blh teraii

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
22/11/15 7:21 PTG delete

Apa nama kedai makan nasi 7 benua yg dekat puchong ye?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
22/11/15 7:22 PTG delete

Apa nama kedai makan nasi 7 benua yg dekat puchong ye?

Reply
avatar
airpool
AUTHOR
8/12/15 2:42 PTG delete

Puchong perdana dkt dpn shell mcd...1 pinggan 7 ringgit

Reply
avatar