Ahad, Oktober 11, 2015

Nakhoda Nurani Official New Face October 2015


Nak tukar template blog bagi Muz bukan satu perkara yang mudah. Bertahun-tahun blog Nakhoda Nurani bermandikan pelbagai warna. Warna-warni pastel yang pelbagai kadang-kala menguntai rasa soal apakah empunya blognya seorang wanita? Hakikatnya, pemiliknya seorang lelaki. Yang buta untuk bermain coding di sana sini. Yang malas mahu serabutkan fikiran dengan kemungkinan berterabur kandungan blog ini. Namun, kenyataannya, ada keinginan tersendiri yang tersembunyi lewat dalam hati.


Menginjak angka 6 Juta pembaca, Muz nekad mahu selusuri perubahan langsung dalam tampilan blog. Pertamanya, Muz cari template, cuba di blog lain yang sengaja Muz wujudkan untuk uji cuba. Muz main dengan coding, repair sana sini. Dan Muz cuba di Nakhoda Nurani hujung September lepas. Nampak cantik template itu. Ada mainan warna, compact. Namun, dalam hati tetap ada rasa kurang. Sebabnya nampak sedikit serabut dengan pilihan 3 kolum. Malah, yang lebih membuatkan hati tak senang, loadingnya agak lambat. Ditambah template tersebut tidak mesra widget blogger seperti, allignment, preview, bold, center image, side by side image, pageviews, dan beberapa lagi tidak di-support.



Apabila Muz baca tentang permasalahan ini, terutamanya yang dikongsikan oleh blogger-blogger Indonesia dan catatan dalam Bahasa Inggeris, Muz nekad untuk mencari template yang lain. Sebabnya, kata mereka yang bijak template yang terlalu banyak diubahsuaikan sehingga tidak selari dengan ketetapan Blogger mungkin boleh menimbulkan beberapa masalah pada kemudian hari. Bahkan pada ketika itu juga sudah susah, tatkala tidak boleh preview catatan sebelum diterbitkan. Langsung, tidak mahu melewatkan agenda. Muz berjaya juga temukan template seperti yang anda sedang tatap pada hari ini.



Tidaklah hebat mana. Simple, tetapi padat. Ada sedikit mainan warna. Disokong homepage yang compact dan berinformasi. Apapun, Muz mengambil masa seminggu juga untuk cuba jaya template ini di blog try and error, untuk mengubah warna, kedudukan, dan beberapa aspek lain untuk menampilkan kelainan dalam template ini. Alhamdulillah, ujian loading blog Nakhoda Nurani menggunakan template baharu ini juga rata-rata menunjukkan perkembangan yang positif. Tak sampai beberapa saat sahaja untuk full loading.



Apapun, Muz cuba tampilkan terbaik di sini, dengan ilmu yang kurang terutamanya melibatkan bidang html, coding, css dan seumpamanya. Diharapkan, komen-komen yang membina dengan perubahan template ini, sekali gus menjadikan Nakhoda Nurani lebih berjaya pada masa hadapan.


Terima Kasih.

ENGKU MUZAHADIN


2 Komentar

Write Komentar
11/10/15 8:49 PTG delete

kaler kaler pastel ok apa..sy suke jgk kaler pastel sbb sedap mata memandang..hehe..

Reply
avatar
Zananis Ali
AUTHOR
12/10/15 12:22 PG delete

Yg ni much much more better than before. yg sblum ni nmpk serabut sikit. Mata pun melilau x tau nak tengok/baca yg mn satu.. haha.

Reply
avatar