Selasa, Oktober 06, 2015

Mencari Sponsor Untuk Annual Lunch 2015; El Memorable Elegante Luncheon


KELAB GURU, SMK SERI BALIK PULAU, PULAU PINANG, akan mengadakan ANNUAL LUNCH, “EL MEMORABLE ELEGANTE LUNCHEON” pada 7 November 2015 bertempat di PARKROYAL RESORT BATU FERINGHI, PENANG.

Istimewanya, makan tengah hari anjuran Jawatankuasa Kelab Guru pada tahun ini bukan sahaja bertindak sebagai tradisi amalan sekolah, bahkan turut sama meraikan PUAN PENGETUA yang akan bersara daripada perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada penghujung tahun ini.

Pada kesempatan ini Muz membuka ruang dan peluang kepada para sponsor untuk menyumbangkan produk atau perkhidmatan bagi memeriahkan lagi majlis ini. Antara yang boleh ditaja termasuklah, goodies bag, fridge magnet, penanda buku, buku nota, pen, mug, bunga plastik atau bunga segar, hiasan, makanan dalam bungkusan kecil seperti jajan, keropok, biskut, kuih dan sebagainya, kek, gula-gula, coklat dan seumpanya yang sesuai diberikan kepada tetamu yang dijangka hadir, iaitu 100 orang.


APA YANG PARA SPONSOR AKAN DAPAT?

Sebagai menghargai kemurahan hati penaja, Muz akan memberikan slot iklan banner dalam blog Nakhoda Nurani PERCUMA selama satu bulan + advertorial review produk atau perkhidmatan dengan 1 FULL COMPLETE REVIEW sama ada yang ditulis oleh Muz sendiri atau yang diberikan oleh penaja.

APA KELEBIHAN IKLAN DI BLOG NAKHODA NURANI OLEH ENGKU MUZAHADIN
Total Pageviews melebih 6 JUTA pembaca.
Lebih 4 RIBU followers BLOG menerusi GFC dan G+
Hampir 5 RIBU pengikut di Facebook.
Hampir 1 RIBU followers di Twitter.
1.5 Ribu Followers di Instagram.
Dan BERIBU-RIBU audiens dalam lebih 30 grup bloggers di Facebook.
BERIBU-RIBU followers di 4 buah grup Google Plus.
Semua khalayak yang dinyatakan di atas akan dapat membaca dan mengenali produk atau perkhidmatan yang anda jalankan, kerana entry advertorial akan di ping dan di kongsi ke semua platform yang dinyatakan di atas.  Anda tidak perlu bersusah payah mencari PEMBELI ATAU SASARAN PENGGUNA, kerana kami di sini menjadi orang tengah untuk sampaikan berita tentang produk anda kepada masyarakat.

MENARIKNYA, semua ini PERCUMA jika anda menjadi sebahagian daripada penaja majlis gilang-gemilang ini.

Bagi yang mahu mengiklankan produk atau perkhidmatan di sini tanpa melibatkan diri sebagai penaja juga DIALU-ALUKAN. Caranya, klik saja button ADVERTORIAL paling atas sebelah kiri blog ini, dan isikan pertanyaan dalam ruangan CONTACT ME di sebelahnya!

JANGAN TUNGGU LAMA... ARTIS BUAT BISNES BERJAYA SEBAB FOLLOWERS RAMAI, ANDA ORANG BIASA BUAT BISNES? KAMI TOLONG ANDA SEBARKAN PADA KHALAYAK KEWUJUDAN BISNES ANDA !!!


1 Komentar:

Write Komentar
yangbaik
AUTHOR
6/10/15 5:27 PTG delete

Semoga majlis berjalan lancar dan mencapai matlamat.

Reply
avatar