Khamis, Oktober 01, 2015

Memey Suhaiza Tenang Hadapi Hal Berkaitan Norman Hakim Dan Abby Abadi



Menjadi seorang isteri dan ibu pada usia muda juga banyak membantu Memey dalam proses transisi menjadi seorang wanita yang lebih matang dan berpandangan jauh. Terutama dalam hal yang melibatkan suasana hubungan Norman dan Abby Abadi, Memey memilih untuk lebih tenang dan relaks menghadapi sebarang kontroversi berkaitan. “Saya memang jenis tidak ambil pusing andai ada sekumpulan peminat cuba melakukan provokasi, terutama hal yang berkaitan dengan Norman dan Abby. “Saya kenal suami saya dan jika ada apa-apa yang saya rasa tidak puas hati, saya pilih untuk meluahkan kepada Norman. Itu sudah cukup melegakan, tidak perlu memilih laman sosial sebagai medium luahan perasaan,” katanya yang mahu hubungan mereka sekeluarga kekal begitu sampai bila-bila. - Kosmo!


1 Komentar:

Write Komentar
Syah
AUTHOR
5/10/15 6:01 PTG delete

JOM JOIN GA NI.RM200 MENANTI ANDA!

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

Reply
avatar