Khamis, Oktober 01, 2015

Linda Rafar Bakal Rujuk Semula Dengan Syed Aiman



Semuanya bermula apabila dia memuat naik sekeping gambar pernikahan dengan perkataan ‘Akad Cerai’ di laman Instagram sebelum memfailkan permohonan cerai pada 11 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semua itu adalah pemulaan kepada kemelut rumah tangga pasangan ini.Setelah dua minggu penceraian itu difailkan, di sebalik rasa kacau itu, Linda sebenarnya mahu hubungan bersama suami dijernihkan semula.Bermaksud dia dan suami akan rujuk kembali demi rasa cinta dan sayang yang masih utuh.“Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini.“Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut.“Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif. Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami.“Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,” kata Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar.

1 Komentar:

Write Komentar
Norma NML
AUTHOR
1/10/15 9:05 PG delete

alhamdulillah..kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan

Reply
avatar