Isnin, Oktober 12, 2015

Lelaki Penggal, Jinjing Kepala Isteri di Jalanan



Seorang lelaki di barat India ditahan pihak polis selepas tindakannya menjinjing kepala isteri yang dipenggal olehnya di sebatang jalan di kawasan berkenaan. Lelaki yang dikenali sebagai Ramu Chavan itu ditahan oleh polis trafik selepas puluhan aduan dibuat oleh saksi-saksi yang menyaksikan kejadian. Ramu mengaku bersalah memenggal kepala isterinya namun Ramu tidak pula mendedahkan motif dia melakukan perkara tersebut. Polis mengesyaki lelaki berkenaan menghidap penyakit mental dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan. Video kejadian yang dimuat naik di internet menjadi viral di media sosial di India.