Sabtu, Oktober 10, 2015

"Lagu Tak Ada Maksud Masuk Radio Tetap Popular" - Ziana Zain


Selepas sekian lama tidak muncul dengan single baharu, kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu mensasarkan sekurang kurangnya untuk tampil dengan produk nyanyian pada tahun hadapan. "Kali ini, saya akan nyanyi lagu yang suka selain ambil pendapat peminat. Garap semua itu dengan menggunakan khidmat komposer, Insya-Allah akan jadi. "Lagu ini tak kiralah macam mana bunyinya kalau kerap diputarkan di radio pada akhirnya tetap diminati.


Sekarang ini saya lihat ada lagu yang tak ada maksud pun tetapi kalau selalu pihak radio mainkan, ia akan jadi popular juga. "Saya juga terbuka untuk bekerjasama dengan komposer baru. Dalam hati saya berharap dapat muncul dengan satu album studio. Kalau dapat bikin konsert solo lagilah terbaik. Rindu sebenarnya nak buat konsert. "Tapi penat juga dengan isu mencari penaja yang asyik menaja artis antarabangsa sahaja," katanya. - BH