Ahad, Oktober 25, 2015

Konsert Gegar Vaganza Minggu Kedua; Tiada Penyingkiran


Gegar Vaganza Musim Kedua bersiaran untuk minggu yang kedua. Satu saja perkataan untuk digambarkan, terbaik! Lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam ini memang best gila! Semua lagu kegemaran kot. Haha. Melekat depan TV lah jawabnya walaupun sakit kepala dah berjam-jam sejak siang tadi. Secara peribadi Muz suka sangat persembahan Ezad Lazim (Butakah Cinta), Azian Mazwan Sapuan (Aku Hanya Pendatang), Faradhiya (Di Alam Fana Cinta), Nasser Wahab (Kau Pergi Jua). Yang lain pun best juga tapi yang Muz senaraikan tu yang paling lekat di jiwa.


Apapun, Konsert Kedua Gegar Vaganza 2 memang meletop dengan celoteh dan keletah dua orang pengacara yang membuatkan penonton tidak kering gusi, Nabil Ahmad dan Jihan Musa. Datuk Ramli MS memang sporting layankan saja gurauan Nabil dan Jihan. Datuk Khaty pun sporting sama. Juri jemputan pada malam ini ialah Datuk M Daud Kilau. Antara selebriti yang turut hadir memberi sokongan termasuklah Raja Azmi, Zur Eda, Ijam Medicine, Rahmat Mega, Ziaton Sameon dan lain-lain.

Hadiah paling menyengat pada malam ini diberikan kepada Datuk Ramli MS, siap kena sakat dengan Datuk Vida sekali suruh sebut tagline Qu Puteh, tapi Datuk Ramli cabut lari! Hahaha... Apabila keputusan diumumkan kan Nasier Wahab, Ezlyn, Ezad, Azian, Nizam, Haiza, Acong, Faradhia, Syida, Amir dan Siti Nurdiana terselamat meninggalkan Zul Handy Black keseorangan. Tetapi Zul juga tidak disingkirkan apabila masih ada lagu untuknya. Bermankna 12 peserta kekal tanpa penyingkiran.