Jumaat, Oktober 02, 2015

Komen Negatif Tak Berhijab; Tunku Aminah Tutup Akaun Instagram


Susulan komen negatif netizen kerana tidak memakai tudung, anakanda Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah secara rasmi menutup akaun Instagram miliknya. Tunku Aminah berkata, beliau tidak mahu individu yang tidak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian.


"Ini adalah antara saya dengan ALLAH.

"Saya percaya ini adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat dan saya sedar menjadi perhatian bukan cara saya dan saya sangat gembira selepas menutup akaun itu awal bulan ini," katanya dipetik The Star.