Isnin, Oktober 05, 2015

Kisah Cinta Shukri Yahaya Dan Tya Adnan; Resepsi Dalam Taman Jadi Pilihan


Mengimbau kembali perjalanan kisah percintaan mereka, Shukri Yahaya dan Tya Adnan mula berkenalan sewaktu sama-sama membintangi filem Ular sekitar lima tahun lalu.Selepas mula mengenali hati budi masing-masing, Shukri dan Tya kemudiannya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada tahun 2014.Banyak perkara yang dipelajari sepanjang tempoh pertunangan dengan buah hatinya itu. Kongsi Shukri, pengorbanan yang dilakukan oleh Tya kuat mematrikan hubungan mereka sehingga ke hari ini.


“Sewaktu mula menapak dalam industri lakonan dan belum memiliki kenderaan, dia yang kerap menghantar dan mengambil saya di lokasi penggambaran.“Sepanjang tempoh itu, banyak yang telah dia korbankan untuk saya. Sebab itu saya sangat sayangkan dia,” ujar Shukri.


Majlis pernikahanpasangan ini akan diadakan pada 20 November depan di sebuah lokasi di Putrajaya, manakala majlis resepsi pula akan berlangsung pada keesokan harinya di Cyberjaya, Kami di NN mengucapkan semoga kedua-dua majlis, pernikahan dan resepsi berjalan dengan lancar.