Sabtu, Oktober 24, 2015

Khir Toyo Hilang Gelaran Datuk Seri; Sultan Selangor Lucut Gelaran



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini telah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' daripada bekas Menteri Besar Dr Mohammad Khir Toyo.

Memetik laporan Malaysiakini, perkara ini disampaikan oleh Setiausaha kerajaan negeri merangkap pendaftar kerajaan negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi di mana beliau berkata perkara itu diputuskan setelah perundingan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan Dewan di-Raja Selangor.


"Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama pada 2001 kepada Dr Khir ditarik balik berkuatkuasa 30 September 2015," katanya dalam satu kenyataan media.

Tindakan penarikan balik darjah kebesaran ini adalah susulan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan kepadanya selepas disabitkan bersalah kerana menyalahgunakan kuasa pada 2007.