Jumaat, Oktober 09, 2015

Kerana Prinsip Syarul Ridzwan Dukung Jurusolek Lelaki Gantikan Heroin Drama Kau Aku Kita



Pelakon Syarul Ridzwan tepaksa mendukung seorang jurusolek artis lelaki untuk sebuah adegan drama Kau Aku Kita  selepas dia berhasrat untuk tidak menyentuh mana-mana wanita bukan muhrim.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, pengarah drama itu, Jinggo memberi kelongaran kepadanya untuk melakukan sesuatu babak dengan cara lain kerana menghormati prinsipnya itu.


"Ini bukan syarat tetapi prinsip saya tidak mahu berpelukan dan bersentuhan dengan wanita, ia juga perkara baru yang saya sedang belajar untuk didik diri saya sendiri.

"Alhamdulilah pengarah faham dan menghormati prinsip itu. Baru-baru ini dalam drama Kau Aku Kita, pengarah meminta saya mendukung jurusolek lelaki bagi mengantikan pelakon wanita iaitu Janna Nick dalam satu adegan drama tersebut," ujarnya kepada mStar Online.