Isnin, Oktober 12, 2015

Kena Hentam Sebab Tak Berhijab; Jasmin Hamid Sekat Pengikut Instagram


Kritikan perlu membina, jika bernada menjatuhkan, sesiapa sahaja sekalipun pasti akan terasa hati. Itulah terjadi kepada pelakon senior Jasmin Hamid berhubung persoalan hijab dan aurat. Ikuti bicaranya yang dipetik dari MH Online.



Dia tidak pernah menolak untuk berubah dan berhijab, walaubagaimanapun sedikit kecewa apabila para pengikut di Instagram menegur dengan keterlaluan dan terlalu negatif.“Apabila teguran itu keterlaluan, pengikut yang sama memberi mesej pula pada ruangan peribadi, itu menyebabkan saya tidak suka dan ia akan berlarutan. Jika nak tegur atau nasihat, nasihatlah secara baik,” katanya kepada akhbar itu.
Untuk mengelakkan dirinya sendiri serabut dengan komen-komen negatif yang mungkin akan memberikan kesan kepada fokus kerjayanya, Jasmin mengambil jalan untuk menyekat mereka yang sering menghentamnya.