Ahad, Oktober 18, 2015

Kalau Cepat Sentap, Tak Payah Jadi Artis!


Biasalah kalau dah jadi artis atau selebriti ramai yang akan kata dan cakp itu dan ini. Jangan cakap artis, jadi cikgu pun ramai juga yang dok mengata. Pendek kata buat apa sekalipun kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Lain pula dengan Almy Nadia yang Muz tengok macam tak boleh terima komen daripada followers instagramnya. Terbaru, komen panjang lebar yang defensif bil ada seorang pengikut komen tentang penampilannya dan dibandingkan dengan Che Ta menjadi topik hangat di blog hiburan Beautifulnara.


Muz malas nak tempek story tu, tapi rasanya lagi teruk ada sesetengah artis kena hentam, tapi mereka cool saja. Cuma segelintir artis saja yang cepat sentap, pantang ada komen yang dia tak suka terus dia tulis tak suka jangan follow. Kena ingat sikitlah, artis ni 'hidup' dia bergantung kepada peminat, bayangkan bila orang muak, ada 1 Juta followers sekalipun, kalau pakat nak boikot tak sampai 1 hari semua boleh unfollow balik, bukan susah pun nak unfollow kan?

Jadinya, bagi pendapat Muz lah kan, jadi selebriti sekali gus public figure ni, tak payahlah sentap sangat. Kerja manalah yang orang tak mengata, duduk rumah tak buat kerja goyang kaki pun orang mengata juga... Hehe.