Rabu, Oktober 07, 2015

Izzue Islam Tak Tolak Peluang Jadi Pengacara



Sebaik bergelar anak seni, Izzue Islam mahu mencuba pelbagai cabang yang ada. Selain menyanyi, berlakon dan bermain alat muzik, dia kini membuka langkah menjadi pengacara pula.“Tahun ini, saya ada komitmen untuk Hypp TV sebagai VJ (video jockey) untuk program kapsul 30 saat. Ini adalah benda baru buat saya.“Sebelum ini pernah buat ‘hosting’ untuk karpet merah ASK (Anugerah Skrin), sebuah program Islamik untuk siaran Astro, program ‘game-show’ Anda Fikir Anda Bijak dan SIFU berkaitan bisnes di saluran RTM,” katanya.Melihat tawaran dalam bidang pengacaraan semakin mendapat tempat, anak jati Kelantan ini akui seronok dan tidak menolak kemungkinan memberikan tumpuan kepada bidang itu pula jika terus diberi peluang. - HM