Jumaat, Oktober 16, 2015

Idris Khan Tolak Tawaran RTM Bukan Kerana TV3



Pelakon Idris Khan yang baharu mahu mencipta nama dalam industri seni dipalit kontroversi menolak tawaran program televisyen RTM baru-baru ini, Idris menjelaskan ia mempunyai sebab tertentu. Katanya, penolakan tersebut bukan kerana bagi menjayakan program di stesen televisyen yang lain.

"Program RTM itu sebenarnya saya sudah terima, namun saya tarik diri selepas mereka mahu saya menyanyikan lagu daripada penyanyi Black.


"Saya tidak tahu menyanyi dan kalau saya terima tentu akan dikeji oleh penonton kerana suara saya tidak sedap untuk menyanyi. Berkenaan program stesen televisyen TV3, saya bersetuju untuk mengikuti program mereka tiada kena mengena dengan isu penolakkan program RTM itu," ujarnya.

Tambah Idris, dia tidak pernah memilih mana-mana stesen televisyen yang mahu memanggilnya untuk sesebuah program yang bersesuaian dengannya. - mstar