Ahad, Oktober 11, 2015

Hari Sukan Negara; 78 Pelajar MRSM Tun Razak Keracunan Makanan


Sekurang-kurangnya 78 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Razak, di sini, keracunan makanan selepas makan nasi minyak dan kuih samosa ketika sambutan Hari Sukan Negara di maktab itu, hari ini. Bermula apabila dua daripada pelajar itu mula mengadu sakit perut ketika sedang berehat di bilik asrama masing-masing, kira-kira 3 petang.


Jumlah pelajar yang sakit perut dan muntah kemdian semakin bertambah sebelum warden mengejarkan mereka ke Hospital Pekan. Menurut sumber, pelajar berkenaan memaklumkan mereka merasakan perut seolah-olah dicucuk ketika berada di dalam bilik sebelum beberapa pelajar lain turut mengadu masalah yang sama.


"Ada pelajar yang tidak dapat menahan sakit dan muntah-muntah, bimbang keadaan menjadi lebih teruk warden kemudiannya membawa mereka ke hospital dengan bas. "Mereka mendakwa sakit perut selepas makan nasi minyak, kuih samosa dan air yang disediakan ketika sambutan acara itu," katanya.