Sabtu, Oktober 31, 2015

Haram, Rancang Anak? Ikuti Penjelasan Wanita Ini


Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti inginkan cahaya mata untuk menyerikan lagi bahtera cinta yang dibina indah. Namun, tidak semua yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dalam peringkat umur yang masih hijau dalam sesebuah perkahwinan. Lalu tidak hairanlah jika timbul istilah merancang anak. Ada yang mahu berdua suami isteri setahun dua, sebelum bersedia menimang cahaya mata. Ada pula yang sudah timang anak pertama mahu jarakkan usia, untuk memberikan tumpuan dengan sepenuhnya.

- Hiasan -

Namun, timbul pula isu hangat dalam kalangan netizen apabila ada seorang wanita dengan lantang bersuara bahawa merancang anak itu hukumnya HARAM! Betulkah haram hukumnya jika merancang anak walaupun dengan alasan dan tujuan kebaikan? Hurmmm, apapun, mari kita baca dulu tulisan wanita ini. Berkenaan hukumnya, nanti Muz akan usaha cari dan kalau perlu Muz akan hubungi mana-mana pendakwah dalam kalangan alim untuk memberikan pandangan.