Selasa, Oktober 06, 2015

Hamil Cepat; Lana Nodin Pilih Rahsiakan Jantina Kandungan



Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 35, yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, tidak menyangka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata dalam masa yang singkat. Mengikut perancangan, dia dan suami mahu memiliki anak dua tahun selepas berkahwin. Meskipun begitu, sebaik disahkan hamil, mereka antara orang yang paling gembira. Kini, akui Lana, dia hanya lebih banyak berehat dan memberi fokus kepada kesihatan bayi dalam kandungannya. Bagaimanapun, Lana yang menyimpan impian untuk bersalin di Malaysia, memilih untuk merahsiakan jantina anaknya daripada pengetahuan umum terlebih dahulu. - Kosmo!



2 Komentar

Write Komentar
6/10/15 10:49 PG delete

wahhhh.... tahniah diucapkan kepada lana nordin....

Reply
avatar