Rabu, Oktober 28, 2015

Gelaran Haji Tidak Ubah Nabil Ahmad!


Nabil Ahmad tidak menganggap gelaran haji harus membuatkannya mengikut kehendak orang ramai yang meminta beliau mengubah perwatakan secara drastik.


“Saya tetap Nabil yang dulu, cuma ibadah lebih dipertingkatkan. Kalau nak saya berubah sikap dengan menukar perwatakan dan corak percakapan secara drastik, atau misalnya dengan pakai serban, itu tidaklah. Nanti orang ramai terkejut pula.


“Saya bekerja macam biasa kerana kerjaya seni adalah punca rezeki saya sekeluarga. Tetapi, selepas ini saya akan lebih berhati-hati bila bercakap. Maksudnya, kira berlapiklah semasa mahu mengeluarkan kata-kata,” ujar Nabil sewaktu dihubungi Mangga Online.