Isnin, Oktober 12, 2015

Gegar Vaganza 2; Pertembungan Rockers Lelaki Dan Penyanyi Pop Wanita


Gegar Vaganza musim kedua (GV 2) bakal menyaksikan pertembungan penyanyi rock lelaki dan pop wanita merebut gelaran juara dan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Peserta lelaki yang bakal mewarnai pentas Gegar Vaganza musim ini ialah Zul Handy Black, Acong Sweetchild, Nizam Laksamana, Amir U’kays, Ezad Lazim dan Nassier Wahab.


Sementara enam lagi peserta wanita yang bakal memberikan saingan sengit ialah Ezlynn, Faradhiya, Siti Nordiana, Haiza, Sheeda dan Azian Mazwan Safwan. GV2 turut mengekalkan pengacaranya dari musim pertama iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse selain memberi kepercayaan sekali lagi kepada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim untuk kekal di kerusi panas juri profesional.


Konsert Gegar Vaganza 2 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam bermula Ahad ini, 18 Oktober 2015, di saluran Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD.