Isnin, Oktober 19, 2015

Fizo Omar Bakal Buka Restoran Masakan Thai


Fizo dan isteri, Mawar Karim bakal mengusahakan restoran sajian istimewa masakan Thai demi melaksanakan impian ibunya.Menurut Fizo, restoran yang diberi nama ‘Fizo Omar Kitchen’ dijangka mula beroperasi pada 1 Disember ini berlokasi di Bandar Baru Bangi.


“Restoran ini kiranya hadiah untuk mama saya sebab sejak lama dulu impiannya untuk memiliki restoran sendiri. “Sebelum membuka restoran, saya belajar pelbagai jenis menu istimewa Thai dari merata tempat menarik yang khusus mempunyai menu terbaik di Thailand. “Setelah cukup ilmu masakan, baru saya berani buka restoran ini.

“Sebabnya, saya mahu pastikan restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu istimewa dan terbaik cita rasa Thai. “Tetapi tidak semestinya saya yang turun ke dapur memasak. Saya mempunyai pasukan khusus dalam penyediaaan masakan Thai,” ujarnya kepada Mangga Online.