Jumaat, Oktober 02, 2015

Erra Fazira Nafi Hubungan Dengan Shahir Renggang; Akui Masih Rapat Namun Enggan Ulas Panjang!




Pelakon jelita, Erra Fazira menafikan desas desus mengatakan hubungan rapatnya dengan juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Shahir Zawawi menemui titik noktah. Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 41, berkata, gosip yang timbul adalah tidak benar kerana mereka masih berkomunikasi seperti biasa. "Masih lagi berkawan seperti biasa. Kami masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Tiada apa yang ingin dikejarkan jadi sebaiknya tempoh itu dimanfaatkan sepenuhnya. "Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita mengatakan kami sudah tidak rapat itu timbul. Namun, cukuplah saya jelaskan kami masih rapat kerana saya enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara ini," katanya ketika ditemui di sambutan ulang tahun ke-30 Wings di Swiss Garden Residences, di sini, semalam. - BH