Isnin, Oktober 19, 2015

Eizlan Yusof Masih Simpan Harapan Kembali Kepada Bekas Isteri


Datuk Eizlan Yusof mengakui masih menyayangi bekas isterinya, Vie Santie Harun, 29, dan berharap untuk kembali bersama. Menurut Eizlan, 44, dia ada berusaha untuk ke arah itu (kembali bersama) dan hubungannya dengan bekas isteri masih baik sehingga ke hari ini. "Hubungan kami masih baik dan Vie juga banyak membantu dalam menjaga kebajikan anak-anak. Bahkan dia juga tidak pernah menghalang bila saya mahu bersama dengan anak-anak pada bila-bila masa.


"Anak-anak juga pada saya cukup bertuah memiliki ibu seperti Vie yang menjaga sebaik mungkin kebajikan anak-anak. "Memang saya mengharap untuk kembali dan berusaha ke arah itu. Doa-doakan ia berjaya," katanya kepada Zass