Selasa, Oktober 13, 2015

Drama Alif Imani Di Slot Ratu TV9



Lepas drama Setitis Kasih Darmia yang juga adaptasi novel nampaknya Slot Ratu di TV9 seakan-akan suram. Dengan perubahan waktu siaran beberapa kali, nampaknya slot ini semakin kurang popular dalam kalangan peminat drama Melayu. Namun, kehadiran drama Alif Imani mungkin akan membawa perubahan. Alif Imani mengetengahkan pelakon hebat Fasha Sandha bergandingan dengan pelakon Ummi Nazeera yang sudah lama tidak nampak kelibatnya di kaca TV. Pelakon lelaki yang menjadi tunjang utama drama Alif Imani ialah, Amar Baharin dan Fezrul Khan. Nantikan Alif Imani di Slot Ratu TV9 mulai 16 Oktober ini jika tiada sebarang perubahan.