Selasa, Oktober 13, 2015

Daniel Craig Sanggup Kelar Tangan; Enggan Berlakon Sekuel James Bond


Pelakon Grey Anatomy, Ellen Pompeo menyelar aktor Daniel Craig yang baru-baru ini membuat kenyataan sanggup memotong pergelangan tangannya daripada berlakon lagi dalam francais filem James Bond. Pompeo, 45, memuat naik status ke pautan artikel mengenai Daniel dengan menulis: “Lelaki ini perlu mengkaji realiti.” Setelah hampir sedekad digambarkan sebagai ejen 007 yang berwibawa, dia mengakui tidak sabar untuk meletakkan senjata dan menggantungkan sut mewah yang dipakai selama ini.


Dalam satu temu bual dengan majalah Time Out, Craig ditanya sama ada masih mahu bermain watak utama dalam filem penyiasatan terkemuka itu. Sebagai jawapan, Craig, 47, berkata, dia sudah tidak sanggup walaupun sekali sahaja lagi berlakon sebagai James Bond.“Saya sanggup pecahkan kaca dan memotong pergelangan tangan menggunakan kaca daripada terlibat lagi dengan filem tersebut.