Ahad, Oktober 11, 2015

Dai Luqman Tersingkir Di Pentas Separuh Akhir Dai Musim Ketiga


Rumusan persembahan pada malam ini, dinyatakan oleh ustaz sebagai persembahan yang terbaik, meskipun ada sedikit kekurangan yang perlu dibetulkan, umpamanya bacaan ayat suci Al-Quran yang ditegur oleh Ustazah Nurhafizah Musa. Apapun, hanya 3 Dai sahaja yang layak ke pentas final. berikut merupakan keputusan malam Separuh Akhir Kedua Dai Musim ketiga. Dai Fuad dan Hamidah dikhabarkan dengan dua yang terselamat seperti markah di bawah.


78.3 % - Dai Fuad
77.3% - Dai Hamidah

Bagaimanapun, Ustaz Elias tampil mempersoal, seterusnya menuntut Murshid, Ustaz Kazim bersetuju mengadakan soalan Intihan. Namun, Dai Hamidah turut diheret ke dalam soalan ujian ini bersama-sama Dai Luqman dan Dai Hidayu. Akhirnya, soalan Ustaz Sharhan dijawab betul keduanya, manakala soalan Ustaz Haryanto dijawab salah oleh ketiga-tiganya. Dan soalan Ustazah Nurhafizah juga dijawab betul ketiganya. Kesudahannya, Dai Luqman diumumkan akan meninggalkan pentas Dai sebelum selangkah ke final.