Ahad, Oktober 18, 2015

Dai Hamidah Juara Dai Musim 3



Tahniah buat Dai Hamidah atas kejuaraan. Memang layak. Tenang saja penyampaiannya. Tahniah! Terlebih dahulu Dai Hamidah bersama-sama Dai Fuad dan Dai Hidayu telah bertarung dalam pusingan pertama dengan dakwah tajuk pilihan masing-masing iaitu berkenaan pendosa, cintai rasul dan perjuangan rakyat palestin. Kemudian, disusuli soalan ujian yang menyaksikan Dai Hidayu tersingkir berdsarkan pungutan markah. Kesudahannya Dai Fuad dan Dai Hamidah diuji dengan soalan huraian, sekali gus mengangkat pendakwah dari Kedah ini sebagai juara Dai Musim 3 terbitan TV3.