Khamis, Oktober 08, 2015

Cukup Gemarkan Kucing; Semua Itu Hanya Tinggal Kenangan Buat Ziana Zain


Ziana Zain mendedahkan mengenai kisah silamnya yang membesar dalam keluarga yang gemar membela kucing sebagai binatang peliharaan. Malah dari celik mata lahir sejak lahir sehinggalah usianya mencapai 35 tahun, kehidupannya banyak bertemankan kucing di rumah. Cuma seiring dengan peningkatan usia, peredaran masa dan kesibukan komitmen kerja, semua itu tinggal kenangan sehinggalah anaknya pula cukup menyukai kucing.


"Persoalan sekarang dengan pertambahan ahli keluarga, macam mana nak jaga kucing lagi. Ruang juga sudah terbatas untuk membela kucing. Persoalan siapa nak jaga kucing pun harus dijawab kerana masing masing sibuk dengan kerja. "Selain sukakan kucing, saya juga seperti wanita lain suka memasak. Rasa puas dapat masak untuk orang yang kita sayangi," kata Ziana menjawab kepada pertanyaan apa yang orang jarang tahu mengenainya. - BH