Rabu, Oktober 07, 2015

Che Ta Kini Miliki 4 Bisnes; Mahu Buktikan Wanita Tak Perlu Bergantung Kepada Lelaki


Walaupun pelbagai persepsi negatif dilemparkan terhadap Rozita Che Wan, 42, ia tidak pernah menjadi kudis. Bagi pelakon jelita ini, dia mampu hidup selesa dan mewah selepas menceburi dunia perniagaan.Dia yang mesra disapa Che Ta berkata, minat terhadap bisnes sudah ada sebelum bergelar selebriti terkenal.


“Maklumlah, saya berasal dari keluarga bisnes. Sejak dulu saya memang tidak boleh duduk diam dan ada saja kerja dilakukan untuk menyara keluarga. Sebelum bergelar artis, saya menjahit baju dan manik untuk menambah pendapatan.

“Kini, saya sudah mampu tersenyum apabila memiliki empat bisnes iaitu tudung Padusi, syarikat produksi, Padusi Production dan minyak wangi.

“Sebagai wanita bergelar usahawan, saya ingin buktikan wanita tidak perlu bergantung dengan lelaki. Mereka juga boleh berjaya jika ada minat dan sanggup bekerja keras,” katanya. - HM