Khamis, Oktober 22, 2015

Bogel Beramai-Ramai Di Pulau Sibuan, Sabah?



Foto yang memaparkan pelancong asing didakwa dari China bergambar bogel di tepi pantai dipercayai di Sabah pula menjadi viral di media sosial.


Foto yang memaparkan tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian mengadap kamera dipercayai dirakam di Pulau Sibuan, Sabah, baru-baru ini.

Memetik laporan BH online, Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya.

"Pihak polis akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit.