Jumaat, Oktober 16, 2015

Berita Benjy Sudah Digantung Belum Sahih!



Beberapa hari lalu, kecoh di laman sosial tentang pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim telah menjalani hukuman gantung selepas ditahan dan disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah beberapa bulan lalu.

Beberapa portal dan blog menyiarkan beberapa keping gambar yang kononnya diambil beberapa minit sebelum Benjy menjalani hukuman tersebut.




Namun sehingga hari ini, belum ada pengesahan sejauh mana kesahihan gambar-gambar tersebut.

Ini kerana status terakhir tentang kes Benjy yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah adalah pada Mei lalu di mana sebutan semula kes dijalankan.

Benjy ditahan pada 27 Mac lalu dan dihadapkan ke mahkamah pada 8 April. - Awani