Isnin, Oktober 26, 2015

Bapa Mangsa Culik Bersihkan Nama Pemandu Teksi



Bapa mangsa culik di Kajang, Lee Kim Wen tampil membuat penjelasan bagi membersihkan nama pemandu teksi, Hanizan Mohamad Radzi yang membawa pulang anaknya dalam keadaan selamat dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.


Menerusi notis di sebuah akhbar harian tempatan, Lee menyatakan kepercayaannya bahawa Hanizan langsung tidak terlibat dengan kes penculikan anaknya, Lee Zhi Yang, 5, yang diculik di hadapan sebuah tadika di Sungai Chua, 9 Oktober lalu.