Rabu, Oktober 21, 2015

Bahaya Lintas Hadapan Orang Bersolat; Ketahui Sutrah Ketika Solat!



Nabi SAW, “Janganlah engkau solat kecuali menghadap sutrah.” (Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah)


Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda, “Jika seseorang daripada kalian melakukan solat menghadap sutrah, maka hendaklah dia dekat kepadanya, jangan sampai syaitan membatalkan solatnya. (Sahih. Abu Dawud)

Sutrah adalah benda yang dijadikan penghadang atau penghalang seperti tembok, tiang, kerusi, dinding atau sebagainya di hadapan orang yang hendak solat. Seseorang mesti memastikan adanya penghadang di hadapan apabila dia berdiri untuk solat. Ada beberapa perkara penting yang dibicarakan tentang sutrah. - Sinar