Jumaat, Oktober 02, 2015

Awie & Fara Fauzana Hos Anugerah Skrin 2015



Vokalis kumpulan Wings, Awie dan penyampai radio, Fara Fauzana bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) pada 8 November depan. Fara yang ditemui berkata, dia teruja dapat berganding dengan Awie  itu kerana sudah lama mengimpikan untuk berkolaborasi dengan legenda rock itu. "Awie adalah antara figura yang memang saya idam-idamkan untuk bekerjasama dan Alhamdulillah ASK 2015 menyatukan kami. "Buat masa sekarang kami masih belum ada perancangan mengenai gandingan ini tetapi Insya-Allah ia akan berjalan dengan baik," katanya kepada mStar Online.