Isnin, Oktober 26, 2015

Anggota Polis Cedera Dirempuh Lelaki Cuba Lari Dari Pemeriksaan Polis


Seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas kereta peronda (MPV) yang dipandunya dirempuh sebuah kereta dinaiki seorang lelaki yang cuba ditahan polis di Sungai Nibong, di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, anggota polis berkenaan Lans Koperal Mohd Khairuddin Abdul Razak, 32, yang bertugas di bahagian MPV Timur Laut mengalami kecederaan luka di dahi dan belakang kepala.


“Polis menerima panggilan pada pukul 4 pagi dari seorang wanita yang memaklumkan dia diganggu seorang lelaki di rumahnya di Lebuh Nipah 3, Sungai Nibong sebelum dua anggota dihantar ke tempat kejadian bagi memberi bantuan,” katanya di sini hari ini. - Mynewshub