Selasa, Oktober 06, 2015

Anak Sulung Farid Kamil Dan Diana Danielle Tak Sabar Tunggu Adik Lahir


Pelakon Diana Danielle akui tidak sabar menanti kelahiran bayi keduanya yang dijangka dilahirkan pada November ini.Diana, 24, yang kini memperlahankan aktiviti seninya sejak kandungan mencecah lima bulan lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga terutama anak sulungnya, Muhammad yang kini berusia dua tahun.


Pelakon Janji Diana itu berkata, pengalaman mengandung pertama dulu memberi banyak pelajaran buatnya justeru dia tiada sebarang masalah untuk mengatasi keadaannya sepanjang kehamilan kedua ini.Berbeza dengan suami dan anaknya, mereka berdua sangat teruja dan tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam keluarga ini.

“Alhamdulillah saya tiada masalah alahan dan selera makan masih seperti biasa. Mungkin pengalaman hamil pertama dulu mengajar saya banyak perkara. Oleh itu, kehamilan kali ini saya lebih senang menguruskan diri dan tiada sebarang masalah.


“Anak sulung saya juga gembira dan tidak sabar menanti kelahiran adiknya ini. Dia sendiri memang seorang yang sukakan bayi. Apabila mendapat tahu saya bakal melahirkan adik untuknya dia sangat gembira dan tidak sabar malah turut menggelarkan dirinya ‘abang’,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2015. - HM