Isnin, Oktober 05, 2015

Anak Ketiga Aaron Aziz Sakit?



Terkejut juga tengok posting pelakon popular Aaron Aziz dan isterinya Diyana Halik pagi tadi. Kedua-duanya berkongsi berita anak ketiga mereka Dahlia Arissa yang dimasukkan ke hospital. Tiada perkhabaran tepat dinyatakan tentang sakit yang dihidapi oleh Dahlia melainkan caption hashtag yang memohon khalayak mendoakan anak ketiganya di samping #surgery. Bagaimanapun, selang beberapa jam, Diyana Halik menyatakan semuanya berjalan lancar dan selamat, malah sempat bergurau bahawa Dahlia lebih mencari Aaron berbanding dirinya pada ketika itu. Apapun, kami di NN mendoakan yang sebaiknya buat Aaron Aziz sekeluarga termasuk si comel Dahlia Arissa.


1 Komentar:

Write Komentar
5/10/15 5:01 PTG delete

semoga Dahlia Arrisa sihat sepenuhnya dengan kadar sesegera mungkin...

*muzz...nanti akak explain macam mana nak buat tu...

Reply
avatar