Ahad, Oktober 11, 2015

Amyra Rosli Tak Nak Bergandingan Dengan Amar Baharin


Amyra Rosli, 24, pernah mengatakan tidak mahu lagi menerima tawaran andai terpaksa berganding dengan Amar Bahrin kerana tidak mahu penonton muak dengan lakonan mereka. Amyra dan Amar yang berada dibawah pihak pengurusan sama sebelum ini, sering digandingkan dalam drama bersiri terutama Dalam Dakapan Bidadari, Kristal Maya, Kalimah Jiwa, Suamiku Encik Sotong dan terbaharu, Cik Bunga Encik Sombong.


Bagaimanapun, apabila Amyra dan Amar digandingkan dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk, ramai menyatakan pelakon jelita itu cakap tidak serupa bikin. Ketika ditemui baru-baru ini, Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli menegaskan lagi dia tidak mahu digandingkan
dengan Amar buat masa ini. Dia akui ramai salah faham apabila dia dan Amar sama-sama terbabit dengan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk.

“Memang kami sama-sama berlakon dalam teater ini tapi saya memegang watak Khatijah dan Amar sebagai Zainuddin. “Hakikatnya, watak yang saya lakonkan tidak ada kaitan dengan watak Zainuddin. Dia lebih banyak berlakon dengan Nabila Huda yang membawa watak Hayati,” katanya.