Rabu, Oktober 28, 2015

"Aku Ibu Yang Khilaf"; Mesej Ibu Muda Ini Yang Menyentap Perasaan Netizen!



Mesej ikhlas untuk mereka yang bergelar ibu dan bapa. Saat ayat-ayat cinta ini ditulis, saya masih lagi tersedu keseorangan, merenungkan khilaf diri. Merenungkan betapa jahilnya diri, tidak sedar diuntung.. Sudah diberi betis yang enak, gebu dan juicy, mengada-ngada pula kepinginkan peha yang nyata lebih jauh di atas. Lebih jauh untuk digapai. Tarik nafas, hembus.

Semalam Mustaqim saya cutikan dari sekolahnya. Batuk, selsema dan sedikit demam dengan mild temperature menyerang ketahanan badannya. Walaupun demam hanya sedikit-sedikit atau biasa-biasa sahaja, namun dia kelihatan lemah, jadi saya cutikan juga. Lalu seperti selalu, saya ber-sms dengan guru kelasnya, memaklumkan keadaan Mustaqim pada hari ini, mungkin dia tidak seperti biasa.

Gurunya membalas, kelihatan Mustaqim baik-baik sahaja, cuma yang dirisaukannya ialah penilaian akhir tahun yang tidak sempat mustaqim habiskan. Guru yang baik budi bahasa itu meminta izin saya, jika Mustaqim tidak sempat habiskan, bolehkah dia berikan soalan-soalan itu sebagai latihan semata. Itu bermakna, tiada markah penilaian bagi Mustaqim. Itu juga bermakna Mustaqim akan mendapat tempat terakhir dalam kelasnya.


Saya setuju.
Ya, saya setuju untuk menerima kenyataan itu.

Setuju saya kerana hati telah belajar satu pelajaran pedih sebagai mama.
Jumaat lepas, seperti Jumaat lainnya, saya menjemput Mustaqim di sekolahnya. 
Nampak sahaja kelibat saya dari jauh lagi, dia sudah menghulurkan tangan, dan berlari ke arah saya untuk menjelaskan sesuatu.


"Mama, sorry... Sorry sangat. Abang long tak sempat jawab exam. Ada kawan ajak abang long main.."


Dia ingin menyambung ayat dan penjelasannya, tetapi mama yang berkiblatkan zionis terus menghukum dengan bebelan bak peluru berpandu. Dia hanya tunduk. Apabila saya berhenti untuk menarik nafas, dia mencelah.

"Mama, abangg long janji... Exam darjah satu nanti abangg long tak main-main lagi. Abangg long sorry mama..." 

Dan balasan saya...

"Abang long memang macam tu. Hari ini janji, esok buat lagi."

Dia diam.


Diam sehingga melewati gerai jambu potong kegemarannya, saya tidak berhenti seperti biasa. Sebenarnya saya lupa.

"Eh! Mama tak berhenti? Oh, punishment ya? Okay abangg long ok je.."

Balik rumah, saya terus tertidur. Terjaga dari tidur, kelihatan Mustaqim di sebelah saya, terlena, dengan tangan saya dalam genggaman kedua tangannya. Tangan saya dirangkul ke dadanya. Ketika itu saya tersentuh. Inilah anak saya Mustaqim. Memang dia tidak pandai akademik. Tetapi bab bab kejiwaan, dia yang paling pandai menyentuh qalbu.

Saya pula seperti lagak ibu-ibu moden dalam telenovela, mengangankan seorang anak secerdik cendekiawan. Sedangkan anak ini kan anak manusia... Ada bidang yang dia tidak kuasai, tetapi dalam lapangan lain, dia memang cemerlang. Saya sering terimbau masa lampau saya ketika di tadika, sekolah rendah, sering mendapat tempat pertama. Selalulah cerita itu saya momokkan ke gendang telinga Mustaqim. Sehingga dia berkata...

"Itu mama... Mama memang bijak.. Abang long ni tal pandai macam mama"

Ya Allah zalimnya saya sebagai seorang ibu, kan?

Anak saya yang kami namakan Arif Mustaqim ini sebenarnya Allah anugerahkan dengan kelebihan yang tidak ternilai.  Dia yang semuda enam tahun itulah yang menjaga seisi rumah jika saya terlantar sakit kepala ekoran penyakit lama berulang kembali. Ketika saya berumur enam tahun, tidak pernah saya cebokkan adik sendiri. Tapi mustaqim, lebih dari itu. Dan rupanya sifat ihsan dia itu dibawanya ke sekolah juga. Menjadi pembela di kalangan rakan sebaya. Petang itu, setelah mengusap kepalanya berkali-kali, dia buka mata. Soalan pertama dia tanyakan ialah,


"Mama dah makan? Abang long nak makan nasi yangg mama beli tadi, tapi abang long fikir, mesti mama tak makan lagi jugak. Abangg long nak kejut mama, nampak mama penat sangat..."

Allahuakbar,..

So ummi,ibu,mama,mamy, bonda, emak, and whoever you are...

Anak kita, kitalah yang perlu 'mengangkat' mereka, berbangga dengan mereka. Bukan orang lain. Jangan angankan anak menjadi sempurna, kalau lahirnya dia dari rahim kita yang serba tidak sempurna.


Sama-sama kita bentuk anak kita ya?

Saya ibu yang khilaf.


- Nur Farhana Noor Musa -

28 Komentar

Write Komentar
Tanpa Nama
AUTHOR
29/10/15 4:09 PTG delete

Terima kasih atas peringatan puan. Alhamdulillah.

Reply
avatar
aila syafiz
AUTHOR
29/10/15 10:17 PTG delete

Allahuakbar. . Semoga Allah berkati langkah kita..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30/10/15 7:44 PTG delete

Terima kasih sgt puan..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30/10/15 8:21 PTG delete

sebak hati ni, kita lalui pgalaman yg sama...hrp lps ni akn lbh sifat sabar dlm diri kita...

Reply
avatar
30/10/15 10:08 PTG delete

Allah..sebak. reflek pada diri sendiri.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
31/10/15 6:56 PG delete

setiap org anak kita adalah ANUGERAH DRPD ALLAH YANG HEBAT. so....hargailah anak2 selayaknya.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
31/10/15 7:36 PG delete

Kita memerlukan ank yg "baik" w.pun x brp cemerlang dlm pelajaran. Klu "baik" n cemerlang, itu bonus utk kita.

Reply
avatar
Sharina Awang
AUTHOR
31/10/15 11:26 PG delete

tq for d gentle reminder.deep.semoga Allah permudahkan urusan kita sebagai ibu untuk mendidik amanah ini sebaik2nya.Aamiin.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
31/10/15 5:21 PTG delete

Tersentuh hati.Bertuah puan Ada anak yang be gitu.didikla dia menjadi anak yang soleh.anak soleh saham akhirat kita.

Reply
avatar
fiza saad
AUTHOR
1/11/15 8:10 PG delete

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah. Anak pertama saya pun berperangai spt anak puan, pandai jg adik2, bg mkn, mandikn, tlg lipat baju.
Masa awal 6 tahun di pra sekolah, dia dan kwn2 dh mula belajar membaca.. dia agak sukar utk ingat n kenal beberapa huruf n lontarkan bunyi sebutannya... agak stress sbb ada kwnnya yg lain dah membaca spt bercerita. Dsbbkn kesihatan pun ya, tiap2 bln anak2 dmm. Ini juga salah satu faktor gangguan pertumbuhan anak. Shgga doktor sarankan cari inisiatif lain agar tdk bergtg dgn ubat klinik.
Alhamdulillah, saya dijodohkan dgn makanan sunnah yg mmg kita semua tau byk khasiat dan keberkesanannya pd imun tubuh badan jika ia diamalkan secara istiqamah (istiqamahkan Allah suka). Maka saya beli dan amalkan QASEH GOLD Junior utk anak2 kerana disamping khasiat fizikal, kecerdasan minda pun dititikberatkan dalam ramuan jus ini, dimana ia dirumuskan bersama delima, kismis, bayam dan badam.
setlh mengamalkan Qaseh Gold Junior ini shgga kini, anak2 byk menunjukkan perubahan positif yg memberansangkan. Pujian cikgu2 di sekolah.. tdk kunjungi klinik kesihatan kt bawah rumah ni lg. MasyaAllah. Alhamdulillah.
dari pengguna, saya menjadi ahli utk bersama dgn kumpulan yg menjihadkan makanan sunnah nabi. Dengan Izin Allah, khasiat dpt, keberkatanNya pun dapat.

berminat utk mengamalkan @ bersama menjihadkan makanan sunnah, blh msg @ WhatsApp 0132045423 (fiza).

Wassalam.

Reply
avatar
Fara
AUTHOR
1/11/15 4:20 PTG delete

A good reminder.

Reply
avatar
1/11/15 4:37 PTG delete

Allahuakbar...saya pun ibu yang khilaf.
Terlalu mengharap yang sempurna daripada anak seusia 6 & 7 tahun padahal diri sendiri bayak kekurangan...terima kasih atas perkongsian puan. Semoga Allah ampunkan dosa ibu yang tak sempurna ini.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
1/11/15 7:13 PTG delete

Peringatan buat saya

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
1/11/15 7:13 PTG delete

Peringatan buat saya

Reply
avatar
kay samad
AUTHOR
1/11/15 9:26 PTG delete

Anda ibu yg superb. Sedar sebelum terlambat. Dan menyedarkan sy juga.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
1/11/15 10:05 PTG delete

Touching..huhu.anak sulung sy br je 5 thn..tp sy anggap dia dh ' besar' utk tgkkn adik2..walhal dia masih spt adik2 nya..sy plak selalu gak membebel kalo ada yg x kena dimata saya..huhu..teruknya sy kan..anak sulung sy ni pun seorg yg brjiwa sensitif..tiap mlm sblm tido dia akn brsalam ngan saya.."ibu,maafkan kita ye,kita syg ibu,ibujgn marah kita"..jiwa sy pun tersentuh.sambil merenungwajah anak2 yg lena diulit intan..sy selalu berasa menyesal dgn tindakan sy..tp bila hati marah..bnda yg sama brrulang lg..sy juga risau dgn prestasi akademiknya.masih x lancar mmbaca brbanding kwn/ sepupu.tp sy ni lupa..maybe dia ada kelebihan lain disebaliknya..sesungguhnya saya juga seorg ibu yg khilaf..:'(

Reply
avatar
Suu Ahmad
AUTHOR
2/11/15 2:04 PG delete

Tu la..kita ni sebagai selalunya nk corak anak jadi spt y kita nk..bkn apa yang anak kita mampu...sy ni cikgu sek...tp bila ajar anak sdr msti xsabar...tadi br marahkan dia seb xknl no.5 padahal dia br 3++ bln 11-masuk 4 thn.., smpi menangis2 dia, tertdo smbil menangis, bila terjaga sambung mnangis, mgkin masih sebak
.aduih..rasa berdosa sgt paksa dia ingt, tp bila tgh mgajar semua tu hilang....., taw nk marah je...siannya dia...:( maafkan mama.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
2/11/15 11:09 PG delete

Sebak menguasai diri... Kita sebagai ibu dgn sndirinya nk anak pAndai dr semua perkara.. Walhal anak kita sudah cuba yg terbaik tp ada benda yg dia xblh bt..maafkan ibm andai ibu tersilap dlm mendidik anak2 ibu...ibu juga seorang Ibu yg khilaf 😢

Reply
avatar
fizi
AUTHOR
2/11/15 11:14 PG delete

expectation terlalu tinggi, silap dari kita...cerdik pndai anak2 tu semua anugerah dari Nya, namun didikan dri kita..inn sya allah yg terbaik utk anak2...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3/11/15 5:40 PG delete

Sy menangis....terima kasih ....sekarang memg zaman berlumba2 nk cerdikkn ank.....ank kita anugerah Allah...berdoalah dia utk cerdik akhirat....

Reply
avatar
Irdina Imany
AUTHOR
4/11/15 11:26 PG delete

Alhamdulillah ..catatan ini menjadi peringatan untuk kita dan diri saya juga khasnya...

Reply
avatar
Renny Daau
AUTHOR
4/11/15 2:55 PTG delete

Tersedu sbentar..bersalah nya aku...tidak lagi ulangi..berpegang pada stiap insan ada kelebihan n kekurangan masing2...

Reply
avatar
Renny Daau
AUTHOR
4/11/15 2:55 PTG delete

Tersedu sbentar..bersalah nya aku...tidak lagi ulangi..berpegang pada stiap insan ada kelebihan n kekurangan masing2...

Reply
avatar
4/11/15 7:31 PTG delete

Anak kita, kitalah yang perlu 'mengangkat' mereka, berbangga dengan mereka. Bukan orang lain. Jangan angankan anak menjadi sempurna, kalau lahirnya dia dari rahim kita yang serba tidak sempurna

Terima kasih kerana mengingatkan saya yang selalu lupa... Terima kasih..

Reply
avatar
ida ahmad
AUTHOR
5/11/15 1:19 PG delete

Alhamdulillah, atas teguran dari Allah & terima kasih atas ingatan dr puan.
.
Saya juga ibu yang khilaf dan semakin sedar.
.
Bila saya lihat anak sendiri, risau. Cuba menyiapkan dirinya untuk masa depan, hingga mengguris emosi kanak-kanaknya.
.
Bila lihat contoh teladan yang lain, saya mula sedar. Anak yang baik, sensitif dan bertimbang rasa adalah jauh lebih penting dari anak yang cemerlang akedemik tanpa nilai kekeluargaan yang kuat.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
5/11/15 10:34 PG delete

Alhamdulillah.didik ank ikut rasulullah.bila masa bermain atau perlu mnjadi kwan.mereka bkn rekrut n bkn jungle book unt kita jdi tarzan.sentuh hatinya spya khidupan kita dan mereka bermakna.Allah kurniakan kecerdikan berbeza unt setiap ank3.bahkan ank2 jga adalah salah satu ujian Allah.doa yg baik2 unt ank2 syurga ini.amiiin☺

Reply
avatar