Selasa, Oktober 06, 2015

Aidil Zafuan Diperintah Bayar RM30000 Kepad Rita Rudaini


Pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Razak diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam membayar wang saguhati perceraian sebanyak RM30,000 kepada bekas isteri­nya, Rita Rudani.Jumlah itu adalah 10 peratus daripada jumlah tuntutan mutaah sebenar RM300,000 yang diminta Rita, 39, selaku plaintif ketika dia memfailkan kes itu pada 7 Julai 2014.Hakim Syarie, Mawardi Che Man membuat keputusan itu selepas mendengar dan meneliti hujah kedua-dua pihak sepanjang kes tersebut dibicarakan sebelum ini.


Dalam keputusannya setebal 50 muka surat itu, mah­kamah memutuskan Rita layak menerima tuntutan mutaah itu berdasarkan dua faktor iaitu kemampuan Aidil selaku defendan yang boleh dikategorikan sebagai hidup mewah serta keadaan dan ke­perluan plaintif. “Oleh itu tuntutan itu dibenarkan mahkamah dan defendan diperintah membayar RM30,000 sebagai saguhati perceraian,” kata Mawardi. - Kosmo!