Jumaat, Oktober 23, 2015

Abang Misai Char Koay Teow; Telur Ayam Di Basuh


Minat makan? Anda di Penang? Ya, inilah negeri yang digambarkan sebagai syurga makanan! Kalau anda beradi di Pulau Mutiara, dan suka makan Char Koay Teow, maka anda wajib singgah di Abang Misai Char Koay Teow. Apa istimewanya? Tagline dia 'telur ayam di basuh'. Hah, jadi bab kebersihan tu dah memang tak perlu nak was was. Satu lagi, nak habaq mai, udang dia nala punya besaq cheq tau dak! Hihi... 


Tarikan utama char koay teow mestilah pada kicap atau kuahnya itu. Jadi di Abang Misai Char Koay Teow, ni kicap hitam cair yang digunakan adalah hasil air tangan Abang Misai sendiri, iaitu pemilik kedai makan ni. Kalau order Char Koay Teow Special, mesti berpinar mata tengok udang dan kerang yang bergelimpangan. Hahaha...


Tiga menu utama yang disediakan di kedai makan ini ialah Char Koay Teow, Koay Teow Ala Cina dan Nasi Goreng Udang. Jadi alang-alang dah singgah Penang tu serbulah sama Abang Misai Char Koay Teow di No1 Medan Selera DKKKK Simpang Ampat, Jalan Bukit Tambun, 14100, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Boleh juga hubungi mereka di talian 019-4992726