Rabu, Oktober 28, 2015

5 Pereka Terkenal Baju Pengantin Selebriti Tanah Air



Nama Rizman Ruzaini tidak asing lagi dalam dunia hiburan dan artis. Rizman Ruzaini yang diusahakan oleh dua orang pereka ini sering menaja pakaian atau gaun artis terutama sekali ke acara-acara hiburan. Namun Rizman Ruzaini juga popular dengan rekaan busana pengantin selebriti tanah air. Rizman Ruzaini telah banyak mereka cipta gaun pengantin artis-artis Malaysia seperti perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari, Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Ratu Rock Ella dan pasangan, Fasha Sandha dan Jejai serta ramai lagi.


Rizalman antara designer yang terawal berada dalam industri hiburan ini. Bermula dari zaman kegemilangan Ziana Zain lagi apabila dia antara yang dipertanggungjawab untuk menyiapkan busana pengantin penyanyi tersohor tersebut. Terbaru, dia telah mereka baju pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen.


Hatta Dolmat juga pereka fesyen muda seiring dengan Rizman Ruzaini. Namun namanya sudah lama meniti di bibir artis dengan rekaannya tersendiri. Malah ramai juga artis mempercayai dan menggunakan khidmatnya iaiatu seperti Norman Hakim dan Memey Suhaiza, Irma Hasmie, Sheira Ayob dan Tomok.


Ezuwan Ismail juga antara pereka fesyen terkenal tanah air yang berpengaruh. Bukan sahaja mereka cipta gaun pengantin malah Ezuwan sendiri telah banyak dipercayai oleh selebiriti tempatan untuk menghasilkan gaun petang selebriti untuk melalui karpert merah di majlis-majlis hiburan berprestij. Antara artis yang pernah menggunakan khidmatnya di hari perkahwinan adalah Anne Ngasri, Hattan, Ana Rafali, Diana Amir dan ramai lagi.


Rasanya bukan artis sahaja akan terfikir nama Man Kajang setiap kali terfikirkan baju pengantin kerana dia memang menyediakan pakej perkahwinan yang lengkap. Kelebihan yang ada kepada Man Kajang adalah dia memang seorang pereka baju pengantin. Antara artis yang menggunakan khidamatnya adalah Rozita Che Wan dan Zain Saidin serta Que Haidar dan Linda Jasmine. - Murai