Selasa, September 29, 2015

Zul Ariffin Nafi Ada Hubungan Perasaan Dengan Zahirah MacWilson


Tiba-tiba sahaja pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin dan jelitawan yang baru hendak meningkat naik, Zahirah MacWilson dikatakan mempunyai hubungan istimewa. Semuanya gara-gara sekeping gambar intim mereka berdua tersebar di laman sosial Instagram. Gambar tersebut yang dirakam di pusat membeli-belah One Utama di ibu negara baru-baru ini menjadi viral dan perdebatan dalam kalangan peminat. Lebih dramatik lagi, situasi itu mengundang persoalan, adakah perhubungan cinta Zul dengan kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai masih utuh atau sebaliknya.


Sebenarnya, kami tiada sebarang hubungan istimewa pun. Baru-baru ini, saya hanya terserempak dengan dia (Zahirah) secara kebetulan di One Utama, ketika saya baru keluar dari sebuah gimnasium. Saya kenal dia, jadi saya tegurlah. Bagi saya itu bukan satu kesalahan.