Khamis, September 03, 2015

Ziana Zain Tetap Dengan Pendirian Tak Akan Kongsi Hal Keluarga & Peribadi Di Laman Sosial



Penyanyi Ziana Zain mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kehidupan hariannya bersama keluarga kepada umum di laman sosial. Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, berkata, ia sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. "Sebagai seorang selebriti, peminat mahu tahu semua perkara menerusi laman sosial yang kita ada. "Tetapi hal-hal berkaitan di rumah dan keluarga, saya tidak akan masukkan di mana-mana media sosial kerana ia adalah peribadi."Saya juga mahu mengambil langkah berjaga-jaga mengenai keselamatan keluarga dan anak-anak. Tetapi sekali sekala, seperti sambutan raya, ada juga saya muat naik gambar keluarga dalam Instagram," katanya kepada mStar Online.