Selasa, September 08, 2015

Ziana Zain Dicemburui...


Bakat nyanyian yang dimiliki anak seni ini sememangnya luar biasa.Sepanjang 23 tahun terlibat dalam dunia nyanyian, Ziana Zain masih mampu mempertahankan kariernya dalam kelas yang tersendiri.Biarpun masa beredar, namun penyanyi suara bernada tinggi ini masih dikenali bukan sahaja di kalangan peminat seusia malah generasi muda juga cukup mengenalinya.“Alhamdulillah, ini semua rezeki dari ALLAH untuk saya dan anak-anak, berkat doa dari ibu bapa dan juga peminat.

“Umur bukan pengukur kejayaan seseorang. Tidak kira muda atau tua kita perlu sentiasa reda dan percaya pada ketentuan-Nya.“Insya-ALLAH, rezeki yang datang itu kadang-kadang kita sendiri pun tidak jangka dari mana ia akan datang.“Saya tidak pernah takut dengan perkara itu, lagi pun kita hidup telah ditentukan,” katanya tenang.


Terkenal dengan jolokan JLo Malaysia, Ziana sering dicemburui wanita seusianya Bukan hanya dalam bidang nyanyian, personaliti awet muda yang dimiliki Ziana sering menjadi dambaan setiap peminat wanitanya.“Semuanya bermula dari dalaman. Jika kita sentiasa menjalani kehidupan yang bahagia, ia akan mempengaruhi fizikal kita.“Penjagaan harian saya buat seperti biasa, kalau ada masa saya akan bersenam. “Pada masa yang sama, saya turut amalkan beberapa petua dari ibu dengan banyakkan berselawat dan lebihkan pengambilan air serta tidur yang cukup. - Sinar