Isnin, September 07, 2015

Zaquan Adha Sentap Pemain Malaysia Dilabel ‘Wajah Yang Memalukan Negara’



10-0. Satu keputusan yang cukup menyedihkan apabila pasukan bola sepak Malaysia dibelasah 10-0 ketika menentang pasukan UAE di kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019. Satu laporan di dalam akhbar tempatan melabelkan pemain Malaysia yang beraksi menentang UAE pada perlawanan tersebut sebagai ‘wajah yang memalukan negara’ telah membuatkan Zaquan Adha meluahkan rasa kecewanya. Zaquan menempelak si penulis yang tidak memikirkan hati dan perasaan para pemain yang telah berhempas pulas berjuang untuk negara walaupun keputusan akhirnya memang jelas mengecewakan.